Perak Hari Ini

Ungkapan ‘Celaka UMNO’ Tidak Bertamadun: Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan kenyataan ‘Celaka UMNO’ yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Seri Delima, RSN Rayer sebagai tidak bertamadun dan penuh rasa kebencian.

“Dalam sebuah negara demokrasi, kita boleh berbeza pandangan tetapi jika diizinkan mana-mana parti menggunakan perkataan yang keji, tidak matang serta tidak bertamadun, sudah pastinya tidak ada pihak yang akan saling hormat-menghormati lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menghadiri program sepetang bersama warga Rela di Teluk Intan, sebentar tadi.

Tegas beliau yang juga Naib Presiden UMNO, untuk mendapatkan penghormatan, maka perlulah terlebih dahulu menghormati parti lain.

“Tentunya tindakan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Pahang itu merupakan manifestasi kemarahan yang dilontarkan kepada pihak yang mengungkapkan perkataan itu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, rasa terhiris pastinya dialami oleh semua pihak dan ia tidak dapat dielakkan lagi.

“Saya khuatir harga mahal yang telah dibayar tetapi kalah dengan perkataan,” tambah beliau.

Tegasnya lagi, semua pihak perlu rasional dalam setiap tindakan yang diambil kelak.

Mengulas mengenai cabaran Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kepada Rayer untuk mengulangi perkataan sama di hadapan pemimpin UMNO dan ahlinya, Ahmad Zahid berkata, ia ternyata tidak mendatangkan sebarang kesan kerana wakil rakyat itu bergantung kepada kekebalan dewan untuk bebas berkata-kata.

“Dia tidak berani melakukannya kerana dia hanya bergantung kepada kekebalan dewan yang boleh menghalalkan cara,” katanya lanjut.

Pihak pembangkang dan komponen parti UMNO sendiri dinasihati supaya menghormati parti lain untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi kini, tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");