Jenayah

Warga emas alzheimer dilapor hilang

hilang

IPOH – Seorang warga emas yang mengidap penyakit alzheimer dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman kakaknya di Taman Ipoh, di sini, sejak 30 Mac lalu.

Chen Keh Sheng, 74, dikatakan keluar dari rumah itu sekitar jam 3 petang dengan berjalan kaki.

Kakaknya, Chang Yee Leng, 77, berkata, sebelum hilang adiknya itu tidak banyak bercakap dan berkelakuan seperti biasa.

Menurutnya, usaha mencari warga emas itu dilakukan bersama saudara mara lain dan laporan turut dibuat di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan usaha mencari turut dilakukan pihak berkuasa.

“Adik saya ada menghidap penyakit alzheimer dan sebelum ini ketika tinggal di sebuah pusat jagaan, dia  pernah hilang dari pusat terbabit selama sembilan hari sebelum ditemui semula penjaga pusat berkenaan.

“Apa yang membuat kami risau ialah dia tidak kenal orang lain dan kalau ada yang menemuinya, mungkin dia tidak tahu di mana tempat tinggalnya kerana alamat terakhir dalam kad pengenalannya adalah di Wallcourt, bukan di rumah saya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, semalam.

Yee Leng berkata, mereka sekeluarga runsing memikirkan nasib adiknya dan kehilangan Keh Sheng membuat dia tidak senang duduk memikirkannya.

Katanya, dia bimbang sekiranya adiknya itu diculik untuk dijadikan pengemis atau dieksploitasi sindiket yang menyalahi undang-undang.

“Sama ada dia makan atau tidak, tiada siapa tahu dan saya rayu sesiapa yang mengetahui di mana adik saya supaya melaporkan kepada Balai Polis Sungai Senam atau Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah memohon supaya pihak berkuasa menjalankan gerakan mencari Keh Sheng yang hilang lebih sebulan lalu.

“Kita khuatir terjadi perkara tidak diingini kepada Keh Sheng dan kita juga minta bantuan orang ramai yang mengenalinya supaya menghubungi balai polis berdekatan atau pusat khidmat kami,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");