Jenayah

Mengeluh suami ke rumah urut

pemeriksaan wrga asing

AYER KEROH  –  Sebuah rumah kedai dua tingkat di Bukit Beruang, dekat sini dikesan menyediakan perkhidmatan urut, malah sering menarik minat orang tempatan yang sudah beristeri.

Itu yang didedahkan Jabatan Imigresen Melaka dalam serbuan dilakukan anggota penguatkuasa kira-kira 11 malam kelmarin.

Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang ramai khususnya isteri yang mengeluh suami mereka sering ke rumah berkenaan.

“Kita mendapat maklumat seminggu lalu rentetan wujud rungutan suami selalu pergi ke rumah urut ini,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, enam wanita Thailand berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan selepas dipercayai menyediakan perkhidmatan urutan batin.

Sementara itu, dalah satu lagi serbuan, anggota penguat kuasa turut menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun dan pasangannya, wanita warga Indonesia berusia 25 tahun sedang leka melakukan hubungan seks.

“Lelaki berkenaan datang ke kediaman wanita itu untuk melepaskan nafsu. Ketika ditangkap, mereka sedang melakukan perbuatan mengaibkan dan pasangan ini mengambil masa lama untuk membuka pintu.

“Sebaik saja anggota penguatkuasa berjaya masuk, mereka kelam-kabut memakai pakaian. Siasatan awal mendapati wanita ini bekerja kedai makan, sementara lelaki masih disiasat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, seramai 27 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan ditahan daripada 52 orang diperiksa pada serbuan bermula jam 6 petang kelmarin sehingga 1 pagi, semalam.

Mereka ditahan di lima lokasi serbuan iaitu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Taman Teknologi Cheng, stor kilang di Bukit Rambai, rumah urut di Malim dan kediaman di Bukit Beruang.

Abu Bakar berkata, warga Pakistan semakin membanjiri Melaka yang kebanyakannya menyalahgunakan pas pekerja.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");