Jenayah

231 kompaun kepada penjaja, perokok

adnan

KOTA BHARU- Jabatan Kesihatan Kelantan mengeluarkan 231 kompaun kepada penjaja yang menjual rokok batang dan perokok yang merokok di tempat larangan di negeri ini dengan nilai kompaun berjumlah RM 24,655 dari Januari hingga Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata kompaun terbabit kenakan ke atas mereka yang tidak mengikut arahan yang ditetapkan sebagai satu peringatan bahawa pihaknya tidak memandang enteng soal perokok yang merokok di kawasan larangan.

“Kompaun ini bukan sahaja dikenakan kepada perokok yang melanggar arahan malah kepada penjaja yang menjual rokok dalam bentuk batang tidak seperti kebiasaannya yang dijual dalam kotak.

“Jika perkara ini tidak dipandang serius maka akan menyebabkan bertambahnya perokok malah turut merugikan diri dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuk serangan jantung, kanser paru-paru dan penyakit paru-paru kronik,” katanya kepada sidang media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan hari tanpa tembakau sedunia dan pelancaran kempen cara hidup sihat peringkat negeri Kelantan di dataran Pasar Siti Khadijah di sini, baru-baru ini.

Turut hadir merasmikan majlis, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Adnan Hussin.

Sementara itu Ahmad Razin berkata sepanjang tahun lalu, pihaknya mengeluarkan 699 kompaun bernilai RM63,720.

“Dengan jumlah kompaun itu kami turut berjaya merampas produk tembakau bernilai RM566 daripada perokok dan penjual rokok batang di tempat awam serta di premis perniagaan,” katanya.

Ahmad Razin berkata, pihaknya turut mewartakan beberapa lagi kawasan awam yang dijadikan sebagai kawasan larangan merokok yang membolehkan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap mereka yang ingkar.

-SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");