Jenayah

Pecut ketika lalok

larikan kereta

SHAH ALAM – Cubaan tiga penjenayah meloloskan diri gagal apabila kenderaan yang dinaiki mereka berjaya di pintas selepas 10 kilometer dikejar polis dari arah Subang Jaya ke Shah Alam, petang kelmarin.

Difahamkan, kesemua suspek berada dalam keadaan khayal ketika ditahan berhampiran Hospital Pakar KPJ, Seksyen 20, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, polis yang menggunakan kenderaan jenis MPV ketika melakukan rondaan terserempak dengan Proton Perdana yang dinaiki suspek di Stesen Komuter Batu Tiga Subang Jaya, kira-kira 4.50 petang.

“Ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan, kereta tersebut meluncur ke hadapan dan melanggar pintu hadapan sebelah kanan MPV polis,” katanya.

Menurutnya, polis meminta suspek memberhentikan kereta namun tidak endahkan. Sebaliknya, suspek memecut laju ke arah Shah Alam.

“Suspek turut melanggar orang awam yang menunggang motosikal ketika berada di terowong Batu Tiga,” katanya.

Pemeriksaan air kencing mendapati, ke semua suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 30 tahun positif methamphetamine.

“Salah seorang dari lelaki terbabit adalah warga Thailand manakala dua lagi rakyat tempatan dikesan mempunyai kes jenayah lampau,” katanya.

Menurut Yahya, kereta yang digunakan suspek dipercayai dicuri di Putra Perdana, Puchong pada April lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");