Perak Hari Ini

236 Penduduk Di Kampar Dipindahkan Akibat Banjir Kilat

 

Kira-kira 63 keluarga dari sekitar Kampar terlibat dengan kejadian banjir kilat yang berlaku, malam tadi.

Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkesempatan melawat mangsa banjir, hari ini.

Zambry yang ditemui pada sidang media selepas melawat mangsa banjir berkata, selain Kampar, banjir turut berlaku di Daerah Batang Padang dan beberapa kawasan yang lain.

“Saya dimaklumkan di Kampung Baru Chenderiang dekat Tapah juga terlibat dalam kejadian banjir dan keadaannya dilaporkan buruk kerana air naik hingga ke paras dada.

“Manakala, di Daerah Kampar pula, seramai 236 mangsa daripada 63 keluarga terpaksa dipindahkan ke dewan SMK Kampar selepas rumah mereka dinaiki air kerana hujan lebat yang berlaku semalam.

“Namun begitu, hanya 51 keluarga yang terlibat dipindahkan ke pusat pemindahan banjir itu kerana jumlah yang selebihnya mahu terus tinggal di rumah untuk mengawasi harta benda dan rumah mereka,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Keselamatan Negeri akan menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada mangsa banjir yang terlibat.

Zambry juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau keadaan benteng yang telah dibina sebelum ini untuk mengelakkan benteng tersebut pecah kerana tidak dapat menampung air Sungai Dipang dan Sungai Kampar.

Katanya lagi, mangsa banjir juga diberikan bantuan daripada segi kaunseling untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi mereka ekoran peristiwa yang berlaku secara mengejut itu.

Sementara itu, kawasan sekitar Kampar yang terlibat dengan banjir adalah Kampung Baru Kuala Dipang, Kampung Nyior, Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir dan Kampung Malaya.

Manakala bagi Daerah Batang Pandang pula, antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Baru Chenderiang dan Kampung Batu 3 Temoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");