Berita Hari Ini

Beri pendedahan khusus status halal, haram

halal hram

SHAH ALAM – Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberi pendedahan secara khusus mengenai kesedaran dan pengetahuan terperinci berkenaan status halal dan haram dalam pemakanan dan kepenggunaan sesuatu produk.

Timbalan presidennya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, orang ramai perlu diberi kesedaran bersabit perkara itu bagi mengelakkan timbulnya konflik yang boleh menimbulkan kepincangan terhadap hukum agama.

“Ada sesetengah pengguna masih tidak tahu apa konsep halal dan haram, mereka hanya tahu yang haram itu adalah anjing dan babi sahaja, mereka tidak tahu boleh jadi makanan atau produk yang mereka gunakan mengandungi bahan yang diharamkan dalam agama atau cara pembuatan dan pemprosesan makanan itu yang menukarkan status halal kepada haram.

“Jadi di sini, Jakim perlu mainkan peranan penting untuk wujudkan kefahaman dan kesedaran mendalam dalam kalangan umat pengguna itu sendiri supaya tidak timbul isu status halal yang meragukan dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau memberi contoh isu penyembelihan ayam misalnya yang diragui status halalnya.

“Kita tahu ayam itu halal untuk dimakan, tapi kita tidak tahu ayam tersebut di sembelih dengan cara yang halal atau tidak.

“Jadi Jakim harus buat pemeriksaan dan pemantauan berhubung isu yang berbangkit dan dalam masa yang sama, luaskan pengetahuan orang ramai mengenai hukum halal dan haram dalam produk kegunaan seharian mereka,” ujarnya.

Muhammad Sha’ani turut menasihati orang ramai khususnya pengguna beragama Islam supaya lebih berhati-hati dalam memilih produk untuk kegunaan harian bagi mengelakkan timbulnya kesilapan dalam memilih produk halal dan haram yang terdapat di pasaran.

Isu halal kembali diperdebatkan mutakhir ini ikutan penemuan DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam produk Cadbury.

Jakim dalam siasatannya kemudian mengesahkan produk berkenaan tidak mengandungi DNA berkenaan dan halal dimakan penganut agama Islam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");