Jenayah

40 peratus kereta terpakai kenderaan curi

kereta 1

Kuala Lumpur: Kira-kira 40 peratus daripada kenderaan terpakai di negara ini sama ada sudah terbabit dalam kemalangan, kereta curi atau kereta potong yang disambung.

Pendedahan itu dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan pemeriksaan dan siasatan dibuat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Menurut kajian JPJ, daripada 1,000 kereta yang diperiksa sekurang- kurang 400 kereta didapati sudah terbabit kemalangan, kereta curi atau kereta potong yang disambung.

Bagaimanapun, kebanyakan pembeli baharu kereta itu tidak maklum atau mengetahui keadaan kenderaan berkenaan ketika membelinya dan hanya menyedari ditipu selepas pemeriksaan di PUSPAKOM.

Struktur tak stabil

Ketua Penolong Jurutera, Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Wilayah Persekutuan, Sulleh Udin, berkata keadaan itu berlaku disebabkan penjual atau sindiket kenderaan menukar nombor casis atau memalsukan dokumen jual beli kenderaan.

Katanya, kereta potong amat berbahaya kerana struktur kenderaantidak stabil dan boleh menyebabkan kemalangan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");