Sukan Hari Ini

70,000 gamatkan final

Shah Alam: Final Piala FA edisi ke-25 mendapat sambutan hangat penyokong Pahang dan FELDA United FC, semalam.

Lebih 70,000 penyokong kedua-dua pasukan mewarnai Stadium Shah Alam dengan warna kuning (Pahang) dan oren (FELDA United).

Semuanya kelihatan bersemangat apabila ada yang mula tiba di stadium sejak awal pagi lagi walaupun hanya dibenarkan masuk pukul empat petang.

Kawasan persekitaran Stadium Shah Alam seolah-olah ‘berpesta’ dengan pelbagai aktiviti dianjurkan selain gerai jualan membabitkan cenderamata kedua-dua pasukan bertanding.

Stadium mula dipenuhi penyokong sebaik pintu dibuka jam empat petang dengan masing-masing sudah tidak sabar untuk menyokong pasukan kesayangan.

Pelbagai kain rentang diletakkan penyokong bagi membakar semangat pemain di atas padang.

Antara kain rentang penyokong Pahang adalah ‘Amuk Tok Gajah’, ‘Empayar Tok Gajah’ dan sebagainya.

Lebih menarik terdapat penyokong yang menaiki kereta mengibarkan kedua-dua bendera Pahang dan juga FELDA United yang menunjukkan semangat setia kawan.

Tidak kurang hebatnya sokongan penyokong The Fighters yang tampil buat kali pertama di pentas final Piala FA.

Antaranya ‘Serang Bang Serang’, ‘The Fighters Kebanggan Kami’ dan ada juga yang meletakkan kain rentang mewakili kawasan tanah rancangan masing-masing seperti FELDA Sg Kelamah, Majlis Belia FELDA Wilayah Mempaga dan banyak lagi.

Lebih menggamatkan suasana kehadiran penyokong Ultras masing-masing dengan Tok Gajah didokong Elephant Army manakala The Fighters diwakili D’FEL MANIA.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");