Sukan Hari Ini

Air mata penyu

moustapha

Kuala Terengganu: Terengganu menangis di laman sendiri apabila tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Terengganu bermula garang apabila nyaris mendahului pelawat menerusi rembatan cantik Abdul Manaf Mamat pada minit ke-4, namun sepakan pemain itu berjaya ditepis keluar penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Pasukan tuan rumah yang berhajat memburu kemenangan terus menggandakan asakan demi asakan melalui rangkaian penyerang Moustapha Dabo, Andres Estupinan dan Mohd Ashari Shamsuddin namun masih gagal memperoleh jaringan pertama.

Sebaliknya pasukan pelawat yang memperoleh sesekali peluang berjaya mengancam pintu gol tuan rumah menerusi penyerang utama mereka Paulo Rangel dan bekas penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya.

Mohd Ashari yang menjadi antara watak penting Terengganu bersama kapten Zairo Anuar Zailani nyaris meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-36, namun tandukan cantiknya hasil hantaran Abdul Manaf Mamat dinafikan Mohd Farizal.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");