Berita Hari Ini

Ancaman jerebu Indonesia

GAMBAR yang dirakam pada 22 Jun lalu menunjukkan jerebu teruk akibat pembakaran hutan melitupi sebatang jalan di Dumai, Sumatera- Gambar AFP:-

JAKARTA – Agensi bencana Indonesia memberi amaran semalam bahawa Singapura dan Malaysia mungkin dilanda jerebu susulan peningkatan bilangan kebakaran hutan di wilayah Riau, Sumatera.

Kebakaran hutan di Riau, barat Pulau Sumatera pada 2013 mencetuskan fenomena jerebu paling teruk di Asia Tenggara sejak lebih sedekad lalu.

Jerebu yang melanda ketika itu turut menjejaskan kehidupan harian berjuta-juta penduduk dan menimbulkan pertikaian diplomatik.

Beberapa pegawai bencana berkata, Jun merupakan bulan kebakaran hutan bermula akibat perbuatan membakar hutan untuk membersihkan tanah bagi penanaman kelapa sawit.

“Jumlah kebakaran hutan di Riau meningkat dengan cepat,” kata mereka.

Jurucakap agensi berkenaan, Sutopo Purwo Nugroho pula berkata, sehingga semalam, sebanyak 366 titik panas akibat pembakaran hutan dikesan di Riau berbanding 97 kelmarin.

“Kita perlu berjaga-jaga kerana angin bertiup ke arah timur. Kemungkinan jerebu sampai ke Singapura dan Malaysia kian meningkat,” kata Sutopo.

Dalam pada itu, beberapa pakar memberitahu, fenomena cuaca El Nino pada pertengahan tahun ini akan menggalakkan kebakaran hutan kerana keadaan menjadi kering berbanding biasa. –

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");