Jenayah

‘Dua maut, dua cedera kemalangan’

kmlangan

BENTONG – Dua maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua treler membawa muatan bahan kimia dan sebuah kereta di Kilometer 72.8 Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur, awal pagi kelmarin.

Kejadian terbabit merupakan satu bentuk latihan yang dipersiapkan untuk beberapa agensi kerajaan bagi menghadapi situasi melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya.

Bercerita lanjut tentang senario latihan kemalangan terbabit, Penguasa Kanan Bomba 2, Shahrin Yusmar Mat Yusuf berkata, Bomba dan Penyelamat menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian terbabit.

“Dalam senario terbabit, sebuah treler muatan bahan kimia berbahaya jenis Butane Actyn dikatakan mengalami masalah teknikal di tempat kejadian.

“Treler terbabit dalam perjalanan dari Kuantan menuju Port Klang yang dilanggar sebuah lagi treler membawa muatan sama.

“Pelanggaran mengakibatkan kebocoran bahan kimia dan dalam masa sama sebuah lagi kereta dinaiki dua orang awam melanggar treler tersebut menyebabkan kedua-dua orang awam terbabit maut,” katanya.

Dua pemandu treler terbabit menurut Shahrin perlu dikeluarkan pasukan khas menangani bahan bahaya dikenali sebagai Hazmat.

Beliau yang juga Ketua Zon 2 Pahang berkata, operasi membabitkan 39 anggota Bomba dan Penyelamat terdiri dari anggota Bomba dan Penyelamat Bentong, Karak, unit Hazmat dan pegawai dari Zon 2 Pahang.

Turut sama, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Petikemas, Petronas dan Bulan Sabit Merah.

“Ia latihan di bawah anjuran Petronas Chemicals BSAF yang bertujuan memberi pendedahan kepada agensi terlibat mengenai cara untuk berhadapan dengan situasi sedemikian,” katanya.

Shahrin yang bertanggungjawab sebagai Komander Operasi Bomba dalam latihan itu berkata, latihan itu memberi gambaran bagaimana setiap agensi menjalankan tugasan masing-masing termasuk mengawal kesesakan lalu lintas dan persediaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");