Jenayah

Bahana guna logo halal tak sah

produk tidak halal

BUKIT MERTAJAM – Sebuah kilang mi sanggul diserbu penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PPDNKK) kelmarin kerana dipercayai menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf kelmarin.

Seramai lapan anggota penguatkuasa PPDNKK Cawangan Seberang Perai Tengah (SPT) memeriksa premis berkenaan kira-kira jam 3 petang berikutan penggunaan logo halal yang tidak diiktiraf pada bungkusan mi sanggul yang dikeluarkan.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Md Nasir Mohamed berkata, selain bungkusan mi sanggul, dua lagi produk iaitu mi tiaw dan mi suah turut menggunakan logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak disahkan.

“Ketiga-tiga produk terbabit didapati menggunakan logo halal yang bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul, 400 bungkus mi tiaw dan 352 bungkus mi suah dirampas manakala 780 unit kotak kosong yang turut tertera logo halal turut disita menjadikan nilai rampasan RM4,184,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan dan kaji selidik pasaran berkenaan produk yang dijual kepada orang awam menggunakan label yang tidak diiktiraf.

“Pantauan dibuat di pasar dan premis bagi memastikan pengeluar tidak melanggar peraturan dan menggunakan label yang diiktiraf.

“Ini merupakan kali kedua kilang ini diserbu beberapa tahun lalu atas kesalahan menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jika sabit kesalahan, sesebuah syarikat itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM200,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kedua di bawah akta yang sama,” katanya.

Penguatkuasa juga menyita pembungkus produk dalam serbuan itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");