Membawang Hari Ini

Enggan terburu-buru

killafary

Seiring peningkatan usia, Kilafairy, 22, kian matang baik dari segi perlakuan, pemikiran mahupun pertuturan. Puteri bongsu pe­nyanyi po­pular era 1980-an, Rohana Jalil ini juga semakin mahir berurusan de­ngan orang sekeliling dan lebih memahami rencah dunia hiburan tanah air.

Kila akui dia kini tahu apa yang dimahukan dan sesuai untuknya. Antaranya imej, penampilan dan teknik solekan yang sesuai dengan diri­nya. Begitu juga bergaya di depan kamera ketika sesi fotografi bersama media.

“Saya tahu apa yang boleh dan apa yang perlu dielak demi menjaga nama baik keluarga. Lebih tiga tahun bergelar anak seni, saya sedar masih ‘hijau’ tapi makin ramai mula buka mata dengan bakat saya.

“Saya bangga kerana punya kelompok pengikut tersendiri dan waktu sama banyak kelemahan yang perlu segera dibaiki jika mahu bertahan lama dalam industri,” katanya.

Gadis yang mudah didekati ini tidak pernah meletakkan tempoh tertentu untuk meraih kejayaan. Baginya, tidak perlu terburu-buru kerana dia percaya cepat naik, cepat jatuh. Prinsipnya, biar ‘slow and steady’.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");