Berita Hari Ini

‘Bakar’ semangat

najib lagi

Pekan: Perpaduan rakyat meliputi semua lapisan masyarakat adalah pencetus semangat kepada Datuk Seri Najib Razak untuk terus memimpin negara.

Perdana Menteri berkata, kejayaan negara dalam pelbagai aspek sama ada pada peringkat nasional dan antarabangsa adalah berkat sokongan rakyat termasuk dalam Parlimen Pekan.

“Inilah yang boleh saya katakan oleh kerana sokongan itu, saya mendapat semangat untuk memimpin negara,” katanya berucap pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada 58 masjid dan 151 surau dalam Parlimen Pekan di bangunan UMNO, di sini, semalam.

Hadir sama, Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Ishak Muhamad.

Pada majlis itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyerahkan sumbangan RM1,200 kepada masjid dan RM800 kepada surau selain bantuan barangan makanan dan minuman.

Najib berkata, warga Pekan boleh berbangga apabila dua generasi Perdana Menteri yang berasal dari daerah itu berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong sama.

Beliau berkata, secara kebetulan beliau dan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri ketika Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

“Barangkali dalam sejarah Malaysia, sejarah itu berulang untuk mempunyai dua generasi Perdana Menteri berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong sama, sukar untuk berulang.

Inilah bertuahnya (kita) di Pekan,” katanya.

Menurutnya, dua gambar berasingan beliau dan bapanya masing-masing bersama-sama Tuanku Abdul Halim di atas sofa yang dibingkaikan di dinding Istana Negara, antara foto kegemaran Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, gambar dua generasi Perdana Menteri itu juga dapat dilihat setiap kali beliau menghadap Tuanku Abdul Halim sebelum menghadiri mesyuarat Kabinet setiap Rabu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Ketapang, di sini, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sumbangan berkenaan membantu pengurusan masjid mengadakan pelbagai program mengimarahkan Ramadan tahun ini.

“Kita bersyukur kerana jumlah sumbangan meningkat berbanding tahun lalu.

Kita juga berharap dapat menarik lebih ramai jemaah ke masjid pada Ramadan kali ini,” katanya.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Tanjung Agas, di sini, Juhaimi Jalil, sumbangan itu membantu pengurusan untuk membiayai program berbuka puasa dan jamuan moreh di masjid dan surau masing-masing.

Katanya, sehubungan itu, jawatankuasa masjid boleh menumpukan usaha melaksanakan pelbagai program termasuk ceramah yang memberi manfaat kepada orang ramai.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");