Berita Hari Ini

Bentang segera rombakan subsidi petrol, diesel

petrol

SHAH ALAM – PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera membentangkan rancangan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel kepada rakyat yang didakwa menyumbang kepada kenaikan berganda harga barangan dan perkhidmatan.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa rombakan itu dilakukan secara mengejut, serentak dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjelang tahun depan.

“Saya menggesa supaya Datuk Seri Najib mengesahkan secepat mungkin sama ada GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel atau sebaliknya.

“Keengganannya itu menunjukkan beliau sedang merancang untuk menaikkan harga petrol dan diesel secara mengejut melalui pelaksanaan serentak GST dan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Mulai 1 September ini, kerajaan akan melaksanakan sistem baharu penjualan petrol dan diesel bersubsidi secara berasingan antara kenderaan komersial dan persendirian.

Sistem jualan itu masih di peringkat akhir perbincangan dan ia bakal diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertujuan mengelakkan ketirisan dalam jualan bahan api itu di stesen minyak di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Rafizi mendakwa rombakan itu akan dilaksanakan kerajaan BN dengan berselindung di sebalik kurangnya pengetahuan rakyat mengenai pelaksanaan GST.

“BN cuba mengelirukan rakyat seolah-olah harga petrol dan diesel tidak naik setelah pelaksanaan GST.

“Harga bahan api bersubsidi akan dikekalkan pada RM2.10 seliter tanpa GST namun jumlah kuantiti akan dikurangkan tanpa disedari dalam resit pembelian,” dakwanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");