Jenayah

Bot karam korbankan 14 nyawa

lemas

KUALA LANGAT – Mangsa tragedi bot karam di perairan Kuala Sungai Air Hitam Kuala Langat, Klang, Selasa lepas mencatatkan kematian seramai 14 orang.

Sehingga semalam, sejumlah mayat, 11 lelaki dan tiga wanita ditemui dengan mangsa terbaru seorang lelaki dijumpai pada pukul 6.30 petang berhampiran Pelabuhan Barat.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata, operasi yang turut melibatkan pasukan polis dan bomba itu masih diteruskan malam semalam.

Bot membawa 97 penumpang itu dipercayai berlepas dari Jeti Sungai Judah, Pulau Carey kira-kira 11 malam dan karam sejam kemudian.

Berikutan kejadian itu, sehingga kini seramai 63 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 20 lagi dilaporkan masih hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, semua mangsa yang ditemui setakat ini dipercayai warga Indonesia dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Tiada waris atau keluarga mangsa menuntut atau membuat pengecaman mayat setakat ini, katanya.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat 20 lagi mangsa telah diperluaskan kepada lima zon meliputi 25 batu nautika dan tertumpu di zon B iaitu dari Kuala Sungai Langat menghampiri Sungai Air Hitam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");