Jenayah

Curi kambing: Buruh mengaku tidak salah

kes curi kmbg

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencuri seekor kambing di tepi Jalan Kampung Alor Tal, Tumpat, Jun lalu.

Tertuduh, Md Suhaimi Mohamed, 43, didakwa mencuri kambing milik Muhammad Faiz Ahmad, 24, itu di tepi Jalan Kampung Alor Tal, Tumpat pada jam 6 petang, 24 Jun 2014.

Pada prosiding semalam, Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Mariah Dahari memohon penangguhan untuk pengurusan kes.

Majistret, Nik Habri Muhamad kemudian membenarkannya kes berkenaan ditangguhkan dan sementara menunggu sebutan semula, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Tuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang peruntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali. Kes bersambung 13 Ogos depan.

Dalam perkembangan sama, seorang pekerja kampung berusia 61 tahun didakwa dengan mengetahuinya sebagai harta curi, menyimpan kambing berkenaan pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Tertuduh, Abdul Aziz Ismail pada mulanya mengaku bersalah, bagaimanapun menukar pengakuan itu selepas mendakwa dia tidak mengetahui kambing berkenaan adalah kambing curi dan hanya membeli kambing tersebut sahaja.

Sebutan semula kes ke atas Abdul Aziz ditetapkan pada tarikh sama dengan kes Md Suhaimi, manakala ikat jamin yang dibenarkan ke atasnya berjumlah RM1,000 dengan seorang penjamin.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");