Membawang Hari Ini

Diana Danielle Enggan Ulas Isu Cemburu

Diana tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Nora Danish. Foto BRIAN MOH:-

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang komen berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati selepas pelakon Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam yang memperlihatkan aktres itu memegang tangan suaminya.

Biarpun diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak media, Diana, 24, tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai kejadian tersebut.

“Saya tidak mahu mengulas tentang keluarga. Tiada komen dan terima kasih,” katanya ringkas.

Diana ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Lip Ice di Hampshire Place dekat sini, Jumaat.

Pelakon itu turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan selama setahun.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");