Berita Hari Ini

PM ucap tahniah ahli akademik diiktiraf dunia

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada tiga ahli akademik Malaysia kerana diiktiraf sebagai antara minda saintifik terkemuka dunia.

“Tahniah kepada tiga profesor Malaysia yang disenaraikan antara minda saintifik paling berpengaruh! Kita perlu orang seperti anda dalam media sosial,” katanya dalam kiriman terbaharu Twitter beliau.

Beliau mengulas laporan pautan berita theStar.com bertajuk Malaysia has three professors on world’s most influential scientific minds list (Malaysia mempunyai tiga profesor dalam senarai minda saintifik paling berpengaruh di dunia), yang dikeluarkan kelmarin.

Kajian berimpak tinggi

Berita itu memetik laporan The World’s Most Influential Scientific Minds: 2014, oleh firma maklumat perniagaan Thomson Reuters, yang menyebut penyelidik menamakan mereka yang menghasilkan kerja berimpak tinggi yang diputuskan komuniti saintifik sebagai sangat bermakna dan berguna dalam bidang mereka.

Sarjana tempatan yang menerima penghargaan itu ialah Prof Dr Abdul Latif Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ishak Hakim dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof Dr Saidur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.

Senarai global itu, yang juga dikenali sebagai Laporan Penyelidik Paling Tinggi Dipetik, menampilkan 3,200 individu yang menghasilkan pelbagai penerbitan paling tinggi dipetik penyelidik lain dari tahun 2002 hingga 2012.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");