Jenayah

Dua pegawai polis cedera

polis cedera

MARANG – Dua pegawai polis yang mengikuti kursus menunggang motosikal berkuasa tinggi cedera apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di selekoh Serating, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Inspektor Mohd Yusof Ibrahim dan Inspektor Mohd Saufi Hairi Pornomo hanya mengalami cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, berdasarkan siasatan awal di tempat kejadian, pihaknya mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan Mohd Yusof mengawal motosikalnya.

“Ketika melalui selekoh di tempat kejadian, Mohd Yusof yang datang dari arah Dungun dipercayai terbabas dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di laluan tersebut.

“Mohd Saufi yang berada tidak jauh di belakang gagal mengelak menyebabkan motosikal ditungganginya turut merempuh kereta yang sama. Mohd Yusof tidak mengalami kecederaan serius manakala Mohd Saufi cedera pada kaki kanan,” katanya.

Kedua-dua pegawai terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda CBX dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");