Berita Hari Ini

TPM pengerusi mesyuarat berhubung pekerja asing

tan sri muhyiddin yassin

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di bangunan Parlimen di sini.

Antara menteri Kabinet yang hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan beberapa timbalan menteri lain.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, serta wakil dari agensi seperti Jabatan Peguam Negara dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");