Berita Hari Ini

Felcra rugi akibat harga komoditi sawit turun

felcra

KUALA LUMPUR – Punca utama penurunan paras keuntungan Felcra Bhd pada 2012 disebabkan oleh penurunan harga komoditi sawit (buah tandan segar).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara dan dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, purata harga buah tandan segar pada 2012 merosot RM115.24 satu metrik tan (15.8 peratus) kepada sekitar RM542.21 satu metrik tan berbanding 2011 pada kadar RM659.45 satu metrik tan.

Menurut laporan tersebut, Felcra turut mengalami kerugian dalam aktiviti perkilangan kelapa sawit berjumlah RM12.71 juta pada 2012.

“Bagaimanapun, pendapatan lain meningkat termasuk faedah berjumlah RM9.26 juta, dividen daripada anak syarikat berjumlah RM5 juta dan sewaan premis berjumlah RM7.7 juta pada 2012 berbanding 2011,” katanya.

Analisis audit mendapati Felcra perlu memberi perhatian ke atas beberapa pengurusan aktiviti seperti kebergantungan faedah atas pelaburan untuk menampung aktiviti operasi, petunjuk prestasi utama (KPI) tidak dicapai pada 2012 dan 2013, penurunan produktiviti ladang dan aktiviti perkilangan yang mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut akibat ketidakstabilan harga minyak sawit mentah.

Semakan audit mendapati prestasi kewangan Felcra menjana keuntungan selepas cukai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu RM56.55 juta, RM113.40 juta dan RM51.99 juta masing-masing bagi tahun 2010, 2011 dan 2012. Bagaimanapun keuntungan Felcra merosot dengan ketara sebanyak RM61.41 juta (54.2 peratus) pada 2012 berbanding 2011.

Felcra bermatlamat untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk menyertai aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf dan nilai hidup mereka. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");