Perak Hari Ini

Produk Bihun Keluaran Kampar Food Industry Ikut Piawaian

PERAKTODAY

Hasil desakan pengguna bagi mengetahui status kebersihan dan kualiti pemprosesan bihun oleh sebuah syarikat di Kampar, satu pemeriksaan mengejut telah diadakan oleh beberapa agensi berkaitan, pagi tadi.

Pemeriksaan terhadap kilang Kampar Food Industry itu diketuai sendiri oleh Exco Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan dan kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Perak (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ujar Samsudin, serbuan itu dijalankan bagi melihat sendiri dan memantau operasi kilang bihun tersebut sama ada mengikut piawaian yang ditetapkan atau sebaliknya.

“Serbuan dijalankan atas aduan orang ramai yang mendesak agar pemantauan perlu dilakukan terhadap kilang bihun ini,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pihaknya mendapati syarikat berkenaan mengeluarkan tujuh produk bihun menggunakan cap kucing, cap bihun singa emas, cap menara, cap bihun ekonomi, bihun cap helang, cap Lion dan bihun Jasmine.

Tambahnya lagi, ketujuh-tujuh produk yang dikeluarkan itu menggunakan bahan mentah yang sama namun berbeza dari segi pembungkusan sahaja.

“Kita dapati kilang Kampar Food Industry telah
memenuhi kualiti daripada segi kebersihan yang berada pada tahap yang baik,” tambahnya lagi.

Beliau turut menggesa pihak pengurusan supaya mempertingkatkan ketinggian peralatan pengering bihun yang kelihatan sama paras dengan paras lantai kilang tersebut.

“Ketika lawatan, kita lihat pekerja sedang mencuci lantai dan air kekotoran tersebut dikhuatiri terkena pada bihun berkenaan akibat ketinggian peralatan pengering yang sama paras dengan lantai.

“Hal ini perlu dipandang serius serta tindakan segera perlu diambil oleh pengurusan kilang,” tegasnya.

Tegasnya, pengeluaran sijil  halal pula perlulah dilakukan penambahbaikan dengan menyenaraikan produk yang benar-benar terbukti diperakukan halal.

“Harapan supaya pihak pengurusan kilang supaya menitikberatkan soal kebersihan kerana makanan ini menjadi kegemaran semua terutama sekali pada bulan Ramadahan dan Hari Raya,” katanya lanjut.

Pihak JAKIM katanya, digesa supaya membuat pemantauan sekerap mungkin dan secara berkala.

PERAKTODAY2 PERAKTODAY4 PERAKTODAY3 PERAKTODAY5 PERAKTODAY6 PERAKTODAY1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");