Sukan Hari Ini

Guna faktor ketinggian

brazil

BRAZIL akan menggunakan ‘faktor ketinggian’ apabila berdepan Chile dalam pertembungan pusingan kedua, awal pagi esok.

Menurut penyerangnya, Fred, dengan kelebihan itu beliau yakin dapat membantu pasukannya untuk menumbangkan Chile yang rata-rata memiliki pemain rendah berbanding mereka.

“Saya sudah memberitahu pemain pertahanan kami, pemain sayap Chile semuanya rendah,” katanya kepada wartawan di kem latihan pasukan di Teresopolis, dekat Rio de Janeiro.

Fred, yang menjaringkan gol menerusi tandukan ketika menewaskan Cameroon 4-1, Isnin lalu berukuran ketinggian 1.86 meter. Ini memberi satu kelebihan kepadanya ke atas tiga pertahanan Chile yang beraksi dalam dua perlawanan lalu iaitu Francisco Silva (1.78m), Gonzalo Jara (1.77m) dan Gary Medel (1.71m).

Apa pun bukan semua dalam skuad Brazil adalah gergasi dalam membuat perbandingan.

Neymar, umpamanya cuma berketinggian 1.75m, tapi Skuad Samba memiliki pemain tinggi termasuk David Luiz (1.89m) dan Thiago Silva (1.82m), kedua-dua ada rekod baik menjaringkan gol menerusi tandukan.

Bilangan ‘kumpulan tinggi’ dalam Brazil juga akan meningkat jika pemain sayap kanan, Maicon (1.86m), yang berlatih pada posisi Daniel Alves mendapat peluang di Belo Horizonte.

“Dengan kelebihan ketinggian kami, sepakan percuma juga akan menjadi senjata utama kami nanti,” kata Fred.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");