Perak Hari Ini

Harsvin Perlu RM35,000 Untuk Berjalan Semula

PERAKTODAY12

Harsvin Kumar S Danapalan terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang juru terbang jika tidak berupaya untuk berjalan semula seperti kanak-kanak yang lain.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu lumpuh akibat daripada kemalangan kereta pada November 2011 yang lalu apabila kenderaan yang dinaiki bersama empat adik-beradiknya terbabas untuk mengelak kenderaan lain yang masuk ke laluan bertentangan di Grik.

Ayahnya, S Danabalan, 47, memohon jasa baik dan perhatian masyarakat di luar sana bagi membantu mengumpul dana perubatan anaknya yang menelan kos sebanyak RM35,000.

“Saya telah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar di sini dan jika anak saya mendapatkan rawatan di hospital di India, peluangnya untuk sembuh masih ada,” katanya.

Katanya lagi, Harsvin yang dahulunya seorang kanak-kanak yang aktif dan riang terpaksa melupakan hobinya iaitu  bermain bola sepak kerana penyakit tulang belakang dialaminya ketika ini.

Tambahnya lagi, kecederaan saraf yang dialami anaknya itu mengakibatkan Harsvin tidak mampu berjalan semula.

Harsvin yang kini hanya mampu menggunakan kerusi roda untuk bergerak telah menjalani pembedahan otak setahun yang lalu.

“Perbelanjaan merawat anak saya mencecah sekitar RM1,000 sebulan yang meliputi kos rawatan kesihatan, ubat-ubatan dan lampin pakai buang,” tambahnya lagi.

Orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memberikan sumbangan untuk menampung kos rawatan adik Harsvin boleh menyalurkannya di akuan bank Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMPP) 0811-00055-38051- CIMB.

PERAKTODAY13

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");