Sukan Hari Ini

Mourinho yakin Azzurri tampil cemerlang

mourinho

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho percaya Itali akan tampil epik pada saingan Piala Dunia yang akan berlangsung minggu depan.

Malah Mourinho juga yakin skuad Azzurri itu mampu mempamerkan prestasi yang cemerlang berdasarkan persediaan skuad itu yang kini dalam keadaan terbaik.

Skuad bimbingan Cesare Prandelli diundi dalam kumpulan ‘maut’ apabila berada bersama Uruguay, England dan Costa Rica di Kumpulan D.

Begitu pun, Mourinho optimis Itali mampu melepasi peringkat kumpulan bahkan pergi lebih jauh dalam kejohanan tersebut.

“Itali mampu melakukan segalanya. Mereka bersaing dalam kumpulan yang sukar tapi Itali mempunyai aura yang tersendiri.

“Mereka memiliki pemain yang berbakat, pengalaman yang luas. Dan saya rasa jika Itali melepasi fasa kumpulan, Itali mampu menjadi juara,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");