Membawang Hari Ini

Hip Global: Nicole Kidman mahu bersara demi anak

nicol

Seperti kebanyakan ibu, Nicole Kidman meletakkan keluarga, terutama anak di tangga teratas dalam hidup. Wanita ini mengaku rela meninggalkan dunia hiburan demi insan tersayang.

Benarkah atau ia sekadar kata manis seorang selebriti?

Dalam sebuah temu bual, ibu kepada dua cahaya mata daripada dua perkahwinan ini memaklumkan dirinya lebih bahagia apabila bersama keluarga.

“Jika diminta membuat pilihan antara keluarga atau kerjaya, tanpa berfikir panjang tentu saya akan memilih suami dan anak kerana tanpa mereka, kehidupan ini tidak bererti lagi.

Bersama keluarga lebih berharga

“Tiada yang lebih indah apabila bersama mereka, malah detik itu paling berharga dibandingkan dengan perkara lain. Sebagai ibu dan isteri, merekalah ‘harta’ saya,” katanya.

Kidman melayari perkahwinan bahagia bersama Keith Urban dan dua anak mereka, manakala menerusi perkongsian hidup bersama bersama bekas suaminya, Tom Cruise, mereka mengambil dua anak angkat.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");