Berita Hari Ini

Imam jangan salah guna khutbah

khutbah

ALOR SETAR – Para imam di Kedah diingatkan agar tidak mencemari institusi masjid dengan sebarang penyelewengan termasuk menggunakan mimbar khutbah untuk kepentingan politik sempit.

Mengingatkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pihak-pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan jika perlu agar institusi mulia itu tidak terus tercemar.

“Pihak kerajaan negeri sentiasa mengambil tanggungjawab dalam semua perkara dengan bersungguh-sungguh termasuklah dalam memastikan pengurusan masjid-masjid di Kedah berjalan dengan baik dan sempurna.

“Jantung masyarakat (masjid) ini haruslah dijaga dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Imarahkanlah ia dengan majlis-majlis ilmu berkaitan fardhu ain mahupun fardhu kifayah selain solat lima waktu,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan dan penyampaian Sumbangan Pengimarahan Masjid Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

“Adalah menjadi harapan saya dan pihak kerajaan agar institusi masjid ini benar-benar dapat menjadi wadah penyatuan ummah yang sentiasa hidup saling berkasih sayang dan bersatu padu,” katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 563 buah masjid menerima sumbangan masing-masing sebanyak RM1,000.

– Bernama

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");