Berita Hari Ini

Lawatan kerja sehari TPM di Sarawak

tpm 2

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari ke Sarawak.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bersama-sama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman disambut oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu.

Turut hadir menyambut ketibaan beliau adalah anggota Kabinet negeri serta orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Muhyiddin memulakan lawatan dengan melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman peribadi di Demak Jaya, di sini.

Timbalan Perdana Menteri kemudian dijadual menghadiri taklimat tertutup ‘Janji Ditepati’ pada 3 petang di sebuah hotel di sini dan diikuti dengan sidang akhbar.

Beliau dijadual menghadiri Program Sekolah Amanah anjuran Yayasan Amir di SK Tabuan, dekat sini, kira-kira 4.15 petang.

Muhyiddin akan mengakhiri lawatan kerja sehari dengan menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak di Pusat Redeems, Kampung Apar Singai, Bau dekat sini, malam ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");