Sukan Hari Ini

Impak saat akhir

felda united

Perbincangan ringkas ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan dan pertahanan import, Damion Stewart pada lewat perlawanan membolehkan Tok Gajah mempamer kebangkitan dramatik untuk menjulang Piala FA edisi ke-25, malam kelmarin.

Berdasarkan perancangan awal, R Surendran sepatutnya dimasukkan sebagai pemain gantian ketiga menggantikan Matias Conti yang cedera namun hasrat berkenaan dibatalkan dan digantikan dengan Zesh Rahman pada minit ke-79 sekali gus membolehkan Stewart diletakkan di jentera serangan.

“Dia ingat Pahang masih ada dua pertukaran namun sebenarnya tinggal satu saja.

Kami berbincang dan dia mahu beraksi di bahagian atas (serangan) dengan kami selalu menggunakan ketinggian yang dimilikinya sekiranya sedang ketinggalan.

“Apabila dia berada di atas, bahagian bawah tidak boleh leka dan saya membuat keputusan membawa masuk Zesh,” kata Zainal yang meraih gelaran kedua Piala FA selepas 2006.

Kehadiran Stewart di bahagian serangan Tok Gajah nyata memberi impak besar apabila Pahang menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu menerusi rembatan kencang Mohd Faizol Hussain disusuli jaringan kemenangan pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme ketika perlawanan berbaki seminit untuk meraih kemenangan 2-1.

“Terdapat komunikasi (dengan Zainal), saya gembira ia adalah keputusan yang tepat (memasukkan Zesh).

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");