Berita Hari Ini

Jangan beri muka

ptptn 2

Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa bertindak lebih drastik dan tidak ‘memberi muka’ kepada peminjam tabung berkenaan yang masih ingkar melunaskan pinjaman mereka.

Beberapa pertubuhan pelajar yang dihubungi mahu PTPTN mencari kaedah paling berkesan bagi mengelak peminjam terus liat tidak membayar hutang, walaupun sudah mendapat pekerjaan yang bagus selain mahukan majikan memotong gaji peminjam secara automatik.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, pula mengesyorkan nama peminjam disiarkan dalam akhbar sep erti yang pernah dilakukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga akhirnya ramai yang berusaha membayar balik pinjaman kerana malu.

“Selain itu, PTPTN juga wajar mengambil tindakan proaktif lebih awal termasuk bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen,” katanya ketika dihubungi semalam.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");