Perak Hari Ini

Lebih RM1 Juta Diagihkan Kepada Masjid Di Perak Sempena Ramadhan

Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Biro Kebajikan UMNO menyerahkan sumbangan bernilai lebih RM1 juta untuk diagih-agihkan kepada 632 masjid di seluruh Perak, tahun ini.

Nilai itu membabitkan sumbangan 1,200 botol air zam-zam, 603 kotak kurma dan 10,251 helai kain yang akan diedarkan kelak mengikut daerah-daerah.

Sebentar tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan Biro Kebajikan UMNO itu yang berlangsung di Bangunan UMNO Negeri, dekat Ipoh.

Beliau turut menyampaikan kain sebagai simbolik menandakan pelancaran program Ramadhan Al-Mubarak peringkat Negeri Perak kepada beberapa wakil daerah yang hadir pada majlis tersebut.

Zambry kemudiannya telah mengibarkan bendera sebagai tanda pelepasan kepada kenderaan yang membawa muatan sumbangan sebelum diagihkan kepada setiap daerah di negeri berkenaan.

Sebanyak 24 buah lori dan van telah dilepaskan secara simbolik oleh wakil rakyat mengikut daerah masing-masing.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional negeri merangkap Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");