Jenayah

Judi: 18 lelaki ditahan

jenayah

GELANG PATAH – Tindakan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya menjalankan serbuan di sebuah fun fair di sini, berhasil apabila berjaya menahan seramai 18 lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian.

Timbalan Ketua Polis Daerahnya, Deputi Superintendan Razak Md Said berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 11 malam, kelmarin bersama unit siasatan jenayah bahagian perjudian kongsi gelap dan maksiat ( D7) adalah susulan daripada intipan yang telah dijalankan.

Menurutnya, hasil intipan yang dijalankan, pihak polis mendapati fun fair berkenaan telah menawarkan unsur perjudian melalui beberapa permainan yang disediakan.

“Kita berjaya menahan seramai 18 lelaki berumur antara 17 hingga 45 tahun membabitkan pelanggan, operator fun fair dan pemiliknya bagi membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, beberapa permainan yang disediakan didapati mempunyai unsur perjudian.

Razak berkata, berdasarkan maklumat dan pengesahan yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) , fun fair berkenaan didapati beroperasi secara haram tanpa lesen yang sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");