Sukan Hari Ini

Pandelela meneruskan buruan pingat

sukma perlis

RATU terjun negara Pandelela Rinong meneruskan buruan pingat dalam pusingan kelima Kejohanan Siri Terjun Dunia yang berakhir pada Ahad di Windsor International Aquatic and Training Centre di Kanada.

Penerjun berusia 21 tahun kelahiran Sarawak yang menduduki tempat keempat dalam acara 10m platfrom terjun serentak wanita dengan Leong Mun Yee pada Jumaat, berjaya mencatat 340.00 mata dalam acara individu, yang diadakan awal hari ini, menurut Laman web Fina di www.fina.org.

Penerjun dari China terus menguasai acara dengan menduduki tempat kedua teratas dengan Huang Xiaohui merangkul pingat emas selepas mencatat 440.75 mata manakala rakan sepasukannya Liu Huixia menggondol pingat perak selepas mengumpul 395.40 mata.

Penerjun Kanada, Roseline Filion terpaksa berpuas hati untuk pingat gangsa dengan 365.90 mata.

Pusingan pertama kejohanan yang bermula di Beijing, China Mac lepas akan menutup tirainya di Monterrey, Mexico dari 6-8 Jun.

Selepas tamat pusingan kelima, Liu mendahului kedudukan keseluruhan dalam carta kedudukan acara dengan kutipan 82 mata diikuti Pandelela di tempat kedua (68 mata) manakala Roseline di tempat ketiga dengan 50 mata. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");