Isu Panas

Kerusi pun melayang

pemilihan pkr

Shah Alam: Sesi Pemilihan Semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja di sini semalam yang dimulakan dalam situasi aman tiba-tiba bertukar ganas apabila penyokong kedua-dua calon bergaduh sehingga mencederakan sekurang-kurangnya dua pengundi.

Pemilihan semula yang diadakan di Dewan Klang Jaya, Klang itu bermula jam 10 pagi dan kekecohan tercetus sejam daripada masa undian ditutup iaitu kira-kira jam 4.30 petang.

Ia bermula selepas seorang pengundi lelaki masuk ke dalam dewan undian disyaki cuba untuk merosakkan peti undi.

Tindakan lelaki itu kemudian mencetuskan kekecohan sehingga pengundi yang lain bertempiaran lari keluar dari dewan sehingga menarik perhatian penyokong calon yang berkumpul di luar dewan pengundian.

Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian itu menyebabkan penyokong kedua-dua calon cuba merempuh pintu pagar perkarangan dewan namun dihalang petugas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengunci pagar itu.

“Mulanya kekecohan hanya berlaku di dalam dewan, namun ia merebak ke pekarangan dewan apabila ada penyokong calon yang membaling kerusi ke arah satu sama lain, selain didapati ada yang cuba melontar batu ke arah penyokong.

“Kekecohan itu berjaya dikawal 20 minit oleh anggota polis yang bertugas namun sekurang-kurangnya dua pengundi lelaki terpaksa dibawa keluar dari dewan kerana mengalami kecederaan di kepala manakala seorang lagi di telinga kirinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya lagi, kekecohan itu memaksa JPP mengambil keputusan menutup undian 30 minit lebih awal bagi memastikan peti undi kekal selamat dan keselamatan pengundi lain turut terjamin.

Peti undi berjaya dikeluarkan dari pusat pengundian tepat jam 6.20 petang dengan diiringi kereta polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi berkata, setakat jam 7 malam semalam, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak mengenai kejadian itu.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");