Berita Hari Ini

Kes rogol: Perlu perkukuh institusi keluarga

SHAH ALAM – Orang ramai berpendapat pengukuhan institusi keluarga perlu diutamakan bagi melahirkan generasi berakhlak dan menjauhi larangan agama.

Sejak kebelakangan ini, banyak kejadian malang seperti kes rogol terhadap remaja perempuan bawah umur dilaporkan.

Terbaru, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kelantan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

“Pada saya ia bermula dari rumah. Berbalik kepada Islam yang menyeluruh supaya ia bermula daripada ibu bapa dan anak-anak akan ambil iktibar daripada sikap dan perbuatan ibu bapa. Insya-ALLAH sikap yang positif akan terbina dalam diri anak.

“Di bawah 12 tahun bagi saya sudah tentu menjadi tanggungjawab ibu bapa tapi lebih 15 tahun, sebenarnya kita tak boleh meletakkan semua kepada ibu bapa. Anak-anak sudah mula berfikir,” kata Muhamad Lazami Pit dari Selangor.

Sementara kakitangan Lembaga Zakat Selangor, Norhazi Rahmat berkata kejadian seperti rogol itu berlaku ekoran kurangnya didikan agama.

“Saya rasa puncanya didikan agama yang kurang. Sebab sekarang ini kita lebihkan akademi. Daripada kecil kita kena serapkan al-Quran, Sunah.

“Apabila mereka tiada didikan itu ketika meningkat dewasa,, mereka akan terjerumus dengan kes-kes rogol dan sebagainya,” katanya.

Perkara sama turut disuarakan pelajar, Jannatul Adnin yang menyifatkan ibu bapa sekarang perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak
mereka.

Pelajar, Izzati Shazni pula berpendapat masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam membantu pihak berkuasa.

Pelajar, Nursyafikah Nuruddin berkata, “bagi saya keluarga memainkan peranan penting juga. Ibu bapa perlu tahu ke mana saja anak-anak pergi, keluar dengan siapa dan berkawan dengan siapa.

Manakala Fatin Umairah Baharin dan Nurliyana Mohd Razali berkata, remaja itu sendiri perlu meletakkan tanggungjawab pada bahu masing-masing.

“Pelajar sekarang apabila di luar penjagaan ibu bapa, mereka tak jaga diri sendiri,” kataFatin Umairah Baharin.

“Ia bergantung pada individu itu sendiri. Cara dia berkawan dan bergaul dalam khalayak. Pentingnya individu itu faham bagaimana cara untuk berinteraksi dengan orang luar supaya orang tak salah anggap terhadap kita hingga merasa kita terlalu mudah untuk dibawa ke mana-mana,” kata Nurliyana.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");