Berita Hari Ini

Langkah bersepadu tingkat sumber bekalan air

exco

EXCO Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri menjalankan beberapa inisiatif bagi menghadapi El Nino antaranya pelepasan air dari kolam alternatif dan pengepaman semula air dari Sungai Selangor.

Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 23 April lalu meluluskan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi membina infrastruktur untuk kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.

“Peruntukan ini termasuk membeli pam-pam berkeupayaan tinggi bagi memastikan kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.

“Sebanyak 26 bekas lombong dikenal pasti di negeri ini dan sembilan melibatkan penyaluran ke Sungai Selangor dan kebanyakannya merupakan bekas lombong bijih timah yang telah berusia lebih 20 tahun.

“Infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara awal Jun hingga September tahun ini,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri telah membuat persediaan awal menghadapi fenomena dengan mengenal pasti dan melengkapkan kemudahan pam bagi sembilan kolam alternatif di sepanjang Sungai Selangor yang terletak di hulu mula sauk.

“Sebanyak 20 pam alternatif berkapasiti 48 juta leter sehari (JLH) ditempatkan di semua kolam alternatif untuk membekalkan 960 JLH. Buat masa ini beberapa kolam alternatif tersebut sedang di isi dengan air dari Sungai Selangor yang di pam masuk ketika paras air sungai tinggi,” katanya.

Yunus berkata, bagi meningkatkan takungan operasi, pembenihan awan bagi kawasan tadahan di negeri ini telah dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bersama Jabatan Meteorologi sejak 27 Mac hingga 11 Jun sebanyak 39 kali dan akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, Luas sebagai koordinator yang akan memberi arahan mengikut paras kapasiti air di sungai kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ditugaskan mengawas pengepaman air ke sungai manakala Jabatan Pengairan dan Saliran mengawal kemasukan air dari sungai ke lombong.

“Luas akan memberi tugas berdasarkan keperluan. Berapa lama mengepam dan berapa juta meter padu sehari  perlu dikeluarkan daripada kolam ke sungai  atau sungai ke kolam,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");