Perak Hari Ini

Perak Perlu Tewaskan Pahang Untuk Kekal Dalam Liga Super

Pasukan Perak perlu menang ketika berhadapan pasukan Tok Gajah dalam saingan pusingan kedua Liga Super, Rabu ini.

Menurut pengurusnya, Datuk Azhar Ahmad, perlawanan tersebut penting untuk memastikan Skuad The Bos Gaurus itu kekal dalam Liga Super musim akan datang.

“Perlawanan kali ini ibarat perlawanan terakhir kerana jika kita menang apabila berhadapan Pahang nanti, kita akan terus kekal dalam Liga Super.

“Sebaliknya jika kalah, kita akan terkeluar daripada saingan Liga Super,” katanya dalam sidang media di pejabatnya dekat Ipoh hari ini.

Beliau yakin Perak mampu memperolehi kemenangan berdasarkan prestasi cemerlang ketika menentang Lions XII dalam perlawanan yang berlangsung di Singapura pada 21 Jun lalu.

“Jika pasukan kita dapat mengekalkan prestasi ketika melawan LIONS XII, tidak mustahil kita akan menang dalam perlawanan menentang pasukan Tok Gajah,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak pengurusan sudah membuat perancangan terbaik untuk Perak berdepan dengan Pahang nanti.

“Banyak yang kita rancang untuk memastikan Perak menang dan saya sebagai pengurus bertanggungjawab sepenuhnya bagi pasukan ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau turut memberitahu kemenangan 2-0 ke atas pasukan Lions XII merupakan satu kenangan manis buat pasukan Perak.

“Kemenangan ini bukan sahaja amat membanggakan, malah ia juga kemenangan besar kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini Perak tidak pernah menang jika berdepan dengan pasukan tersebut.

“Dan yang paling manis apabila kita mengalahkan mereka di gelanggang mereka sendiri,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru agar penyokong bola sepak Perak turun beramai-ramai ke Stadium Perak bagi memberi sokongan terhadap pasukan itu ketika melawan Pahang nanti.

Katanya, sokongan tersebut dapat memberi semangat kepada pasukan Seladang untuk mengukir kemenangan.

“Saya harap agar peminat bola dapat hadir beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana sokongan mereka mampu menaikan semangat pemain untuk menentang Skuad Tok Gajah nanti,” ujar Azhar lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");