Jenayah

Makmal proses 26kg dadah diserbu

makmal dadah

Georgetown: Polis mengesahkan makmal dadah yang memproses lebih 26 kilogram (kg) heroin di sebuah rumah di Sungai Dua, Tasek Gelugor, kelmarin, dikendalikan oleh seorang lelaki.

Dalam serbuan jam 2.45 pagi itu, suspek berusia 48 tahun ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang turut menemui dadah bernilai RM1 juta dan pelbagai peralatan memproses dadah.

Antara dadah dirampas ialah 25.5kg heroin, 1.9 kg heroin tulen, 67.5kg kafein, 1.2kg syabu dan 1.2kg cecair syabu.

Operasi yang dilakukan bersama polis Bukit Aman dan Pulau Pinang itu turut menyerbu sebuah rumah di Alor Setar, Kedah dan menahan seorang lelaki berusia 54 tahun yang dipercayai menjadi pembekal heroin tulen.

Susulan operasi terbabit, polis menyita dua kenderaan mewah, tiga kenderaan pacuan empat roda, dua utas jam tangan jenama Rolex dan wang tunai RM94,200.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata kedua-dua suspek direman seminggu sehingga Selasa ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang ditahan di Sungai Dua itu mempunyai enam rekod kesalahan lampau dan pernah ditahan mengikut ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Siasatan polis mendapati suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan sejak beberapa bulan lalu, berupaya memproses dadah sebelum memasarkannya sendiri kepada pengedar.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");