Isu Panas

Manikavasagam Desak Khalid Letak Jawatan MB

khalid mike

KUALA SELANGOR: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor yang baharu, S.Manikavasagam mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas tewas pada pemilihan cabang itu, baru-baru ini.

Malahan, Manikavasagam secara terang menyuarakan pandangan bahawa Azmin Ali adalah calon Menteri Besar yang paling sesuai untuk menggantikan Khalid.

“Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan cakap Azmin sebab dia ‘bos’ saya.

“Tapi keputusan pilih Menteri Besar terpulang kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya yang tentukan.

“Kita tak mahu seorang pemimpin yang menipu rakyat,” katanya kepada pemberita di pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, di sini, Isnin.

Bekas Ahli Parlimen Kapar, berkata sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk membersihkan Sungai Klang dan pintu gerbang Little India, namun hingga sekarang masih tidak melaksanakannya.

“Saya sokong seratus peratus untuk beliau undur diri,” katanya.

Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin juga mendesak supaya Khalid meletak jawatan.

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");