Jenayah

Nahas tiga sekeluarga

nahas

Tanjung Malim: Seorang maut manakala dua cedera termasuk seorang parah apabila kereta dinaiki tiga sekeluarga terbabas sehingga merempuh pembahagi jalan di Kilometer 390.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa P Lingam, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka.

Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir sejam bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan.

Isterinya, A Padma, 48, pula yang duduk di tempat duduk belakang cedera parah di muka dan menerima rawatan di Hospital Slim River, manakala anak pasangan itu, L Sasikumar, 20, yang memandu kereta PROTON Wira Aeroback cedera ringan di bahagian muka dan tangan kanan, juga dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke rumah mereka di Taman Mastika, Teluk Intan, dekat sini, apabila kenderaan mereka naiki dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Kemalangan itu mengakibatkan kereta dinaiki mangsa remuk di bahagian depan, hingga menyebabkan seorang mangsa tersepit, dan bomba terpaksa mengambil sedikit masa untuk mengeluarkannya” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");