Jenayah

‘Night Watch’ bantu tangani jenayah

night watch

PARIT BUNTAR – Perlaksanaan Night Watch membuktikan komitmen masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam menjalankan rondaan pencegahan jenayah di kawasan kediaman masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, usaha murni komuniti dalam memerangi jenayah disalah ertikan sesetengah pihak apabila mendakwa kewujudannya disebabkan kegagalan polis menjaga keselamatan.

Menurutnya, polis sentiasa memberikan komitmen 100 peratus membanteras jenayah di negara ini, namun kerjasama strategik dua hala antara masyarakat dengan polis juga penting.

“Ada pihak mendakwa kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) selain anggota keselamatan sukarelawan menunjukkan polis gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan masing-masing.

“Di sebalik tohmahan ini, saya percaya penubuhan komuniti sukarelawan keselamatan di daerah ini semata-mata bertujuan membantu polis membanteras jenayah,” katanya ketika menyempurnakan Night Watch antara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bersama SRS Daerah Kerian di Dewan Serbaguna Batu Lima, di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik; Pengerusi SRS Kampung Tanah Kebun, Raja Ismail Raja Mohd Nor dan Ketua Kampung Simpang Lima, Idrus Awang.

Mat Fauzi berkata, Night Watch turut dijadikan platform penerangan kepada orang awam terhadap gerak kerja polis dalam menjaga keamanan selain kepentingan penyaluran maklumat jika berlaku jenayah.

“Masalah kesukaran polis mendapat kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah sebenarnya memberi impak buruk terhadap usaha membanteras jenayah.

“Justeru, masyarakat perlu bersikap bijak dan tidak bertoleransi dengan jenayah kerana mungkin suatu hari nanti kita akan menjadi mangsa jika tidak dibendung awal,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");