Jenayah

Pelajar dakwa dicabul lelaki

Ros bersama suaminya menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bangi:-

SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun mengalami gangguan mental dan trauma selepas dicabul dua lelaki sejak Mac tahun lalu di sebuah pusat pendidikan, di Bangi.

Perbuatan terkutuk itu mengakibatkan mangsa sehingga kini terpaksa menjalani rawatan psikiatri di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ibu mangsa, yang hanya dikenali sebagai Ros, 35, mendakwa, dua lelaki itu mencabul anaknya di sebuah bilik rawatan.

“Waktu itu, anak saya demam dan dirawat di bilik rawatan pusat berkenaan. Lalu, tiba-tiba datang salah seorang lelaki dan menyeluk tangannya ke dalam seluar anak saya.

“Kejadian ini memang meninggalkan kesan mendalam pada anak saya sehinggakan perwatakannya yang ceria dulu sudah berubah,” katanya pada sidang media di pejabat peguam Haidah Mohd Fikah & Partners di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum ini, anaknya yang berusia 15 tahun itu pernah memaklumkan mengenai perbuatan lelaki itu kepadanya, namun dia beranggapan ia gurauan atau mungkin hukuman disebabkan melakukan kesalahan.

“Keadaan menjadi agak serius selepas anak saya tiba-tiba berubah menjadi pendiam, sering berkurung di bilik dan enggan ke sekolah.

“Satu hari saya memarahinya kerana tidak mahu pergi sekolah menyebabkan dia lari ke sebuah kawasan bangunan dan mengugut untuk terjun ke dalam sebuah longkang sedalam 40 kaki,” katanya.

Menurutnya, akibatnya anaknya itu tidak pergi ke pusat pengajian tersebut selama sebulan.

Difahamkan, beberapa pelajar lain di situ turut mendakwa pernah menjadi mangsa, namun tidak membuat laporan kerana bimbang diapa-apakan oleh lelaki berkenaan.

Ros membuat laporan di Balai Polis Bangi.

Bapa mangsa, dikenali sebagai Omar, 42, berkata, seorang daripada lelaki itu berjumpa dengannya pada Ramadan tahun lalu untuk menjelaskan tentang perkara sebenar.

“Dia mengaku ada membuat perbuatan (cabul) sekali ke atas anak saya.

“Ditanya mengapa dia melakukannya, dia hanya meminta saya menghukumnya. Saya cakap kes ini sudah dibawa ke mahkamah,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");