Berita Hari Ini

Pengilang Tepung Gandum Disiasat Kurangkan Bekalan – Hasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat sebuah pengilang tepung gandum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengurangkan bekalan kepada pemborong.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pemegang lesen yang melanggar syarat antaranya mengurang, menyorok atau enggan menjual barang kawalan di pasaran.

“Buat masa ini kementerian hanya mengesan satu jenama yang terlibat dan bekalan yang terjejas setakat ini terhad kepada utara Semenanjung,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mana-mana syarikat yang didapati bersalah mengikut akta itu boleh dikenakan penalti RM250,000 untuk kesalahan pertama dan RM500,000 untuk kesalahan berulang.

Tambahnya, KPDNKK juga sedang menimbangkan untuk meluluskan tambahan kuota bekalan tepung gandum sebanyak tujuh peratus pada Jun, Julai dan Ogos sempena Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Selain itu, KPDNKK turut serius menangani isu bekalan minyak masak dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi termasuk mendapatkan persetujuan menambah 10 peratus kuota minyak masak bagi tempoh berkenaan.

KPDNKK sebelum ini digesa untuk menyiasat dan menyelesaikan isu kekurangan bekalan dua produk itu selepas sebuah persatuan pengguna di Kedah mengadu berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum sejak dua minggu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");