Jenayah

Pengusaha burung walet kantoi

pengusaha burung

SEREMBAN – “Kita memang salah. Saya minta maaf. Ini kali pertama kami buat.”

Demikian kata seorang pemilik rumah burung walet yang kantoi bersama dua lelaki dipercayai pekerjanya, yang membuang 25 beg mengandungi najis burung berkenaan di kawasan sunyi di Taman Jayamas, Jalan Dr Ismail di sini semalam.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu ditahan ketika sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan kira-kira jam 10.48 pagi semalam.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Mohd Azhar Hamid berkata, pihaknya membuat intipan selama dua hari di tapak berkenaan yang dikesan sering menjadi lokasi pembuangan sampah haram.\

“Ketika intipan dilakukan, anggota mengesan kehadiran sebuah lori satu tan dalam keadaan mencurigakan yang kemudiannya berhenti di kawasan tersebut.

“Mereka dilihat membuang bungkusan secara pukal dan hasil siasatan awal mendapati, semua bungkusan itu mengandungi najis burung walet,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya sisa tersebut dibuang di tapak pelupusan sampah ditetapkan, namun PPSPPA percaya pengusaha rumah burung itu mahu mengambil jalan mudah dengan membuang najis di kawasan berkenaan.

Malah katanya, walaupun papan tanda amaran diletakkan di kawasan itu, namun mereka dengan berani membuang sampah seolah-olah mencabar perundangan.

“Keterangan mereka telah pun diambil dan telah dibebaskan. Kita akan siasat kes ini di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara enam bulan hingga dua tahun, atau kedua-duanya,” katanya.

Selain itu katanya, PPSPPA mengenal pasti 62 lokasi pembuangan sampah secara haram di negeri ini sejak tahun lalu dan telah menjalankan pemantauan secara berterusan di kawasan terbabit.

“Semua lokasi itu telah pun dibersihkan dan notis larangan pembuangan sampah sudah diletakkan.

“Bagi memastikan penguatkuasaan ini berkesan, PPSPPA mempunyai pasukan khas membuat pemantauan menggunakan beberapa strategi termasuk intipan yang memerlukan mereka berkhemah di kawasan tertentu bagi mengesan pesalah,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");