Berita Hari Ini

Perbanyak biografi tokoh masyarakat India

datuk palanivel

PORT DICKSON – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mahu lebih banyak buku mengenai tokoh masyarakat India di negara ini diterbitkan untuk dijadikan sumber rujukan generasi muda masa depan.

Beliau berkata ini penting supaya jasa dan sumbangan mereka dalam memperjuangankan kemajuan masyarakat India, parti MIC dan negara tidak dilupakan.

“Dengan terbitnya buku yang dihasilkan oleh penulis tempatan, ia memberi peluang kepada generasi akan datang untuk menghayati dan menghargai jasa dan sumbangan tokoh berkenaan. Jika tidak, generasi muda tidak akan tahu mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan mengenai buku kisah hidup dan perjuangan Datuk K. Pathmanaban di sini malam tadi.

Buku dalam bahasa Tamil setebal 368 muka surat ini ditulis oleh editor Ahad akhbar Makkal Osai, P. Rajendran dan diterbitkan oleh Makkal Osai.

Ia berharga RM50 senaskah.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata penerbitan buku seumpamanya juga bertujuan menambah koleksi rujukan.

Beliau berharap lebih ramai penulis menghasilkan buku yang dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada masyrakat umum tetapi juga kepada generasi muda termasuk para pelajar.

Mengenai buku itu, beliau berkata ia sebagai pengiktirafan kepada sumbangan mendiang kepada parti, negara dan rakyat.

“Buku ini adalah sempena memperingati jasa dan sumbangan mendiang Pathmanaban yang merupakan tokoh politik (MIC) yang kami sanjung.

“Saya banyak menulis mengenai beliau dan kementeriannya semasa saya berkhidmat di Bernama dahulu. Saya amat mengkagumi mendiang kerana ketokohannya sebagai pemimpin. Jasa dan sumbangan mendiang tidak akan dilupakan,” katanya.

Pathmanaban merupakan naib presiden MIC pada 1987. Beliau pernah menyandang jawatan timbalan menteri kesihatan dari tahun 1976 hingga 1990. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");