Isu Panas

Rombakan Kabinet: Jangan buat spekulasi

ka siong 1

IPOH – Semua pihak diharap tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kedudukan portfolio bagi wakil MCA di Kabinet kelak.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan persetujuan Presiden MCA.

Justeru menurut Ka Siong, pihaknya menyerahkan kepada Perdana Menteri sepenuhnya berhubung portfolio yang difikirkan sesuai bagi mana-mana wakil MCA di Kabinet kelak.

“Kita (MCA) dah keluar resolusi untuk kembali berkhidmat dalam Kabinet. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri dengan persetujuan presiden parti.

“Biarlah Perdana Menteri yang umumkan, jangan buat sebarang spekulasi,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Dewan MCA di Lawan Kuda, Gopeng, kelmarin.

Sementara itu, Ka Siong membidas kenyataan pembangkang khasnya DAP berhubung surat daripada Adun Sungai Air Tawar kepada Speaker Dewan Negeri Selangor.

Katanya, surat berkenaan hanya mengatakan mahu membawa usul Mengkaji Kebarangkalian Perlaksanaan Undang-Undang Hudud Dalam Mesyuarat di bawah Peraturan 24 pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas, kelak dan bukannya enakmen.

“Surat berkenaan hanya mengatakan untuk mengkaji kebarangkalian usul dan bukannya enakmen. Janganlah putar belitkan pula,” katanya.

Sebelum ini, Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki dilaporkan mencadangkan kajian untuk memperkenalkan hukum hudud di Selangor dibahas dalam persidangan Dewan Undangan Negeri itu pada Isnin depan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");