Membawang Hari Ini

Perniagaan untuk masa depan

nealofa

Kisah cinta sensasinya dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac sudahpun berakhir, baru-baru ini. Sekian lama berahsia akhir­nya dia berkongsi cerita hubungan yang dipertahankan selama ini sudahpun putus sejak awal Februari lalu.

Rupa-rupanya sudah lima bulan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa menjalani kehidupan solo tanpa insan istimewa di sisinya. Walaupun luka masih berdarah tetapi demi masa depan, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 25, ini bangkit dengan semangat baru, sekali gus melupakan kisah cintanya yang tidak kesampaian itu.

“Sebenarnya, bukan mudah untuk saya membuat pendedahan berkaitan kisah peribadi itu. Maklumlah, hubu­ngan kami serius dan ia bukan kisah ‘cinta monyet’ pada zaman sekolah.

“Selama beberapa bulan selepas putus, saya terpaksa memendam semua itu sendirian tanpa pengetahuan ahli keluarga. Ahli keluarga juga dapat tahu hubungan kami sudah putus hanya selepas saya membuat pendedahan itu.

“Apapun, saya lebih suka melihat perpisahan yang berlaku dari sudut yang positif. Saya percaya setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya sudah bertemu pengganti, Neelofa mengakui, dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya itu.

“Jika nak diikutkan, setiap saat saya akan teringat apa yang sudah berlaku tapi saya menyibukkan diri dengan bekerja. Fokus dan keutamaan hanya pada karier seni dan perniagaan ketika ini. Saya juga putuskan untuk meletakkan hal peribadi ke tepi dulu.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga pastikan kesihatan tidak terabai de­ngan melakukan aktiviti sihat seperti ‘pilates’, ‘kick boxing’ dan ‘body tone’ untuk mengeluarkan peluh, sekali gus dapat mengurangkan tekanan selepas penat bekerja.

“Pada masa sama, saya bersyukur kerana usia masih muda iaitu 25 tahun dan apa yang berlaku semakin mematang­kan diri dalam menempuh kehidupan,” katanya.

Enggan mengulas lanjut punca perpisahannya dengan Hans, kata Neelofa, fokusnya kini hanya pada karier seni dan bisnes yang diceburi, sekali gus mengejar impian dalam bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan.

Selain dilantik menjadi jurucakap King Koil selama tiga tahun, dia turut menjadi duta produk Airish Fashion Cosmetic dan Line.

Selain melaksanakan tanggung­jawab sebagai duta produk, Neelofa juga sibuk mengembangkan perniagaan yang diusahakannya bersama keluarga.

Selepas kejayaan Bellavita, Neelofa kini mengusahakan beberapa lagi produk baru iaitu Naelofar Abaya yang diusahakan bersama kakak dan ibu­nya manakala Bokkita Hijab dan Lofalens diusahakan sendiri.

Bukan mudah untuk berniaga dan saya perlu menunggu selama setahun untuk melihat perkembangannya sama ada membawa pulangan atau sebaliknya.

“Memang penat untuk membahagikan masa antara karier seni dan perniagaan supaya ia bergerak seiringan. Namun, ia bukan halangan buat saya demi minat dan mengejar impian menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada masa depan,” katanya.

Berkumpul bersama keluarga sepanjang Ramadan

Kedatangan Ramadan paling dinantikan Neelofa pada saban tahun. Selain beribadah, inilah masa untuknya berkumpul bersama anggota keluarga serta mengeratkan lagi tali kekeluargaan sedia ada.

“Saya juga memperlahankan aktiviti seni dan pada Ramadan barulah dapat bertemu dan bertanya khabar perkembangan anggota keluarga yang lain.

“Selain itu, saya juga tidak ingin melepaskan peluang Tarawih bersama anggota keluarga yang lain pada Ramadan yang penuh keberkatan ini,” katanya.

Ditanya mengenai juadah kegemaran, Neelofa berkata, setiap kali tibanya Ramadan, pastinya ‘air tangan’ ibunya menjadi pilihan dan memenuhi meja di rumah.

“Antara juadah wajib ketika berbuka bersama keluarga ialah nasi dagang dan nasi kerabu yang disediakan mama. Selain itu, saya juga teringin untuk berjalan-jalan ke bazar Ramadan bersama anggota keluarga yang lain,” katanya.

Jika Ramadan sebelum ini, agenda seninya sangat padat, ia berbeza pada Ramadan pada tahun ini.

Bukan tiada tawaran berlakon, sebaliknya Neelofa hanya memberi fokus pada komitmennya sebagai pengacara program Nona bergandingan dengan Fara Fauzana yang bersiaran di TV3.

Selain itu, dia mengacarakan program Meletop bergandingan dengan Nabil untuk saluran Astro.

“Selain itu, saya juga sibuk dengan perniagaan yang diceburi dan beroperasi seperti biasa pada Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, kata pelakon yang baru mengungguli trofi kategori Pengacara Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, walaupun sibuk dengan perniagaan, dia masih lagi mengacara dan memenuhi undangan berlakon sehingga kini.

“Walaupun sudah menang trofi, baru-baru ini, saya tidak ‘demand’ dan masih sama seperti dulu. Antara filem lakonan saya yang masih menanti tayangan di pawagam ialah Pilot Cafe dan Gangster Superstar.

“Saya akui jiwa lebih sebati pada pengacaraan berbanding lakonan. Pada masa sama, saya juga merancang untuk mengacarakan program bual bicara sendiri tidak lama lagi,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");