Jenayah

Polis dipenjara 15 tahun kes rogol remaja

jenayah

Kota Bharu: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 14 tahun, lima tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunos menjatuhkan hukuman itu terhadap Sarjan Mejar Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua balai polis di sini, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Kejadian lima tahun lalu

Mahmad didakwa merogol remaja itu di Balai Polis Binjai di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed.

Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat permohonan rayuan difailkan pada hari sama. Beliau membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");